Friday, October 31, 2008

Sekadar Renungan.........26 Disember.....

26 Disember 1932:
gempa bumi berlaku di China membunuh 70000 nyawa.

26 Disember 1939:
gempa bumi 7.9 ritcher berlaku di wilayah Erzincan, Turki membunuh 41000 nyawa.

26 Disember 1996:
Ribut Greg berlaku di Keningau, Sabah yg meragut beratus nyawa.

26 Disember 2003:
gempa bumi 6.5 ritcher berlaku di wilayah Bam, Iran membunuh 45000 nyawa.

26 Disember 2004:
gempa bumi berlaku di Sumatera membunuh 35000 nyawa & jumlahnya terus meningkat.

Adakah semuanya ini "coincident"??? Bukankah pd malam sebelumya iaitu 25 Dis di kebanyakan tempat di dunia ini, ramai manusia yg lupa daratan, mabuk dan berpoya2??? pd pagi 26 Dis 2004, di persisiran pantai timur selatan India diberitakan ada temasya memuja laut ketika tsunami melanda. Kita tidak mampu mencari jawapan atas apa yg berlaku ttp sekadar menginsafi sbg peringatan...

كل نفس ذائقة الموت

Keistimewaan Wanita Yang Allah Kurniakan Rahim

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya. Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan juga tidak derhaka kepada suaminya...